Perbezaan basikal imbang dan basikal roda tiga: Apa kebaikannya untuk anak anda?

Basikal imbang (balance bike) ialah basikal dengan dua roda, tetapi tanpa pedal pengayuh. Ia sejenis basikal untuk kanak-kanak berlatih menunggang basikal dengan cara menyeimbangkan badan.

Basikal jenis ini bukan sahaja tidak mempunyai pedal, malah sengaja tidak dilengkapi rantai dan gear. Ia sangat ringkas, tetapi amat berkesan bagi melatih kanak-kanak menyeimbangkan badan, sekali gus membolehkan mereka menunggang basikal secara sempurna.

Basikal roda tiga (tricycles) pula ialah sejenis basikal menggunakan cara-cara lama melatih kanak-kanak menunggang basikal menggunakan bantuan sejenis roda tambahan di kiri dan kanan untuk latihan keseimbangan.

Basikal roda tiga memang popular sedikit masa dahulu, tetapi kini tidak lagi. Kini basikal imbang didapati lebih efektf, praktikal, selesa dan selamat untuk membolehkan kanak-kanak berlatih menunggang basikal dalam waktu yang cepat.

Kedua-duanya – basikal imbang dan basikal roda tiga – memang direka khusus untuk kanak-kanak menguasai kemahiran menunggang basikal. Namun, basikal imbang didapati jauh lebih baik berbanding basikal roda tiga dari sudut keberkesanan, keselesaan dan keselamatan.

Berbanding basikal roda tiga, basikal imbang juga lebih selesa dan lebih selamat digunakan di sebarang bentuk permukaan tanah yang menjadi tempat kanak-kanak berlatih menunggang basikal.

Mengapa basikal imbang bagus?

Seperti dinyatakan di atas, basikal imbang jauh lebih berkesan dan mudah diigunakan berbanding basikal roda tiga.

Malah, menurut kajian, kanak-kanak berusia seawal 18 bulan sudah mampu menunggang basikal imbang ini secara selesa dan selamat dengan tahap pengawasan ibu bapa paling minimum.

Kelebihan utama basikal imbang berbanding basikal roda tiga ialah ciri kestabilan dan keselamatan. Malah, ia lebih mudah digunakan untuk latihan menunggang basikal serta lebih mudah dikawal.

Dalam waktu yang sangat singkat, kanak-kanak sudah mampu menunggang basikal imbang tanpa bantuan ibu bapa mereka.  

Ini jauh berbeza berbanding basikal roda tiga. Penggunaan basikal roda tiga untuk melatih kanak-kanak menunggang basikal akan menyebabkan mereka mengayuh secara perlahan, teragak-agak serta berasa tidak selamat bergerak di atas permukaan tidak rata.

Biasanya ini menyebabkan kanak-kanak yang menggunakan basikal roda tiga akan berhenti atau enggan berlatih menunggang.

Rujuklah di mana sahaja, termasuk di pelbagai blog atau laman web yang mengkhusus kepada aktiviti menunggang basikal di kalangan kanak-kanak, kini basikal imbang ternyata diakui lebih mudah, praktikal, selesa dan selamat.

P.s. – Dah join group Facebook percuma kami

https://rplg.co/45dfe150

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top