hotaru push bike malaysia

Kenapa Anak Anda Memerlukan Latihan Keseimbangan dan 12 Kesan Jika Kurang Daya Imbang – Hotaru Push bike Malaysia

Jika diabaikan, apakah kesan-kesan buruk kesukaran dalam kebolehan mengimbang dan koordinasi terhadap anak anda?

  • Penyisihan sosial akibat tidak mampu menyertai acara-acara sosial yang melibatkan aktiviti fizikal seperti bermain dengan rakan sebaya, meluncur ais, bowling, melompat, berlari dan menghadiri parti yang diadakan di kolam renang.
  • Keyakinan diri yang rendah apabila menyedari kebolehannya tidak setanding rakan sebaya.
  • Dibuli apabila kanak-kanak lain menyedari kelemahannya.
  • Lemah dalam kemahiran motor (contohnya: melukis, menulis, menggunting) kerana kurang mahir mengawal penggunaan kaki dan tangan sebaik mungkin akibat kurang daya kestabilan asas.
  • Tidak mahir berbasikal atau menaiki skuter bersama rakan-rakan.

Apakah kesan-kesan lain kesukaran dalam kebolehan mengimbang dan koordinasi?

  • Perancangan motor(otot) dalam melakukan aktiviti fizikal (misalnya: anak anda mungkin memulakan langkah lebih lambat daripada rakan-rakannya)
  • Pembentukan otot yang terlalu lembik atau keras, seterusnya menyukarkan pergerakan anggota badan.  
  • Kesedaran spatial dalam menentukan posisi tubuh badan (misalnya: anak anda mungkin tidak menyedari apabila dia duduk terlalu rapat dengan rakannya)
  • Daya ketahanan rendah dalam aktiviti fizikal (kemahiran motor kasar dan halus)
  • Kurang mahir menulis dan melukis dengan kemas akibat menekan pensel terlalu kuat.
  • Kurang mahir memegang pensel dengan betul (yakni pegang terlalu kuat atau terlalu lemah)
  • Kurang mahir mengawal tangan apabila menulis dan melukis.
  • Kurang mahir membezakan bahagian kiri dengan kanan pada anggota badan.
  • Kurang penguasaan tangan kiri atau kanan yang boleh membawa kesan buruk terhadap pembentukan kemahiran-kemahiran yang lain.
  • Artikulasi kurang jelas apabila bertutur.
  • Kurang mahir dalam penjagaan diri seperti memakai baju, menggosok gigi, menggunakan sudu garfu, dsb.
  • Kurang mahir mengesan, menginterpretasi, dan bertindak balas terhadap stimulasi deria dari dalam tubuh badan dan persekitarannya.

Jom beli basikal imbang di sini – Hotaru Push bike Malaysia

1 thought on “Kenapa Anak Anda Memerlukan Latihan Keseimbangan dan 12 Kesan Jika Kurang Daya Imbang – Hotaru Push bike Malaysia”

  1. Pingback: Basikal imbang (push bike) bukan basikal lajak - Hotaru

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top