push bike malaysia

Basikal imbang (push bike) bukan basikal lajak

basikal imbang push bike malaysia

BASIKAL IMBANG BUKAN BASIKAL LAJAK

Mengikut peredaran zaman yang kian laju dipacu masa, begitulah juga dengan fenomena

basikal anak-anak yang kini bermacam jenis reka bentuknya. Seperti basikal dewasa,

basikal anak-anak juga mudah di dapati pasaran. Namun persoalan yang ibubapa perlu ambil tahu, adakah basikal anak anda selamat digunakan?

Kebanyakan kes kemalangan yang berlaku adalah melibatkan basikal yang telah di

modifikasi tanpa mempedulikan ciri-ciri keselamatan yang sepatutnya. Fenomena baharu

yang menjadi kegilaan remaja, seronok bila bermain dan berlumba, namun keselamatan dalam sesebuah sukan mahupun ketika riadah perlu diutamanakan.

Ada netizen yang berpendapat basikal lajak samalah seperti basikal imbang, mungkin kerana saiz keduanya kecil lalu disama ratakan antara kedua jenis basikal tersebut.

APAKAH PERBEZAAN BASIKAL IMBANG DAN BASIKAL LAJAK?

Ciri-Ciri Keselamatan Pada Basikal

Basikal imbang(pushbike) diperbuat dari material berkualiti tinggi yang tahan karat dan tahan lasak

serta permukaannya yang licin dapat mengelakkan kecederaan kepada penunggang.

Terdapat juga kelengkapan lain seperti topi keselamatan, ‘safety pad’ bagi mengelakkan

kecederaan. Bahkan ia juga dilengkapi dengan tempat duduk boleh laras sesuai mengikut ketinggian penunggang.

Basikal lajak, dimodifikasi sendiri oleh anak-anak. Biasanya mereka membawa basikal

ke kedai lebur besi dan meminta rekaan mengikut kreativiti sendiri. Ada yang lagi advance, menukar sport rim dan tayar tanpa mempedulikan kesesuain yang sepatutnya. Tidak dilengkapi dengan aksesori keselamatan

Basikal Tanpa Brek

Perlu difahamkan, basikal imbang tidak mempunyai pedal untuk dikayuh, anak-anak akan

menolak dengan kaki. Sebab itu mereka bijak untuk mengawal keseimbangan, saat untuk

membelok, bila untuk berhenti dan ketika menggerakkan basikal. Biarpun tanpa brek dan

pedal pengayuh, kelajuannya berpandu pada tolakan kaki penunggang, malah saiznya yang kecil dan ringan membuatkan ia mudah dikawal.

Berbanding basikal lajak, selain telah di modifikasi untuk nampak lebih ‘hype’, lebih

  • Pecutan maksima sering dilakukan agar dapat beraksi seperti lagak
  • Kebanyakan basikal lajak telah diubah suai dengan membuang brek

bertujuan untuk menikmati luncuran saat menuruni bukit, jadi bagaimana dengan kayuhan yang laju kemudian pula menuruni jalan yang curam?

Perlumbaan Yang Menguntungkan Atau Merbahaya Pada Diri

Banyak tournament untuk sukan basikal imbang di peringkat antarabangsa yang

dianjurkan bagi meningkatkan semangat kesukanan dalam diri anak-anak. Berlumba

cara sihat dalam satu litar yang selamat dapat mewujudkan daya saing yang lebih

harmoni malah menguntungkan apabila anak-anak dapat merasai suasana yang supportive dari ibu bapa dan rakan-rakan.

Sebaliknya bagi lumba lajak, makin menjadi-jadi keghairahan anak remaja berlumba

secara haram di jalan raya terutama di lereng berbukit dengan basikal yang tidak

mengikut spesifikasi keselamatan. Masih segar lagi peristiwa ngeri pada 18 Februari

2017. Lapan remaja menunggang basikal maut manakala dua lagi cedera parah, dirempuh sebuah kereta pada waktu tengah malam. Kejadian ini berlaku di Johor Bahru

Kestabilan Struktur Dan Reka Bentuk Basikal

Basikal imbang didatangkan dengan struktur tayar yang lebar. Ini memberikan

cengkaman yang lebih serta kurang risiko untuk jatuh meskipun berada dikawasan

berpasir, berbukit, berumput atau jalan yang licin. Maka anak-anak bebas bergerak ke

kawasan mana sekalipun kerana rekaan basikal imbang yang kukuh dan tahan lasak.

Basikal lajak telah dijadikan eksperimen ubah suai oleh anak-anak yang mudah

terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengubahsuaian basikal dilakukan sesuka hati,

lazimnya membabitkan handle bar dan bingkai basikal serta membuang brek atas faktor

ingin menjadikan basikal lebih ringan. Ada juga yang menukar rim dan tayar basikal untuk kelihatan lebih ‘cool’ di mata rakan -rakan.

Meningkatkan Kemahiran, Mengasah Daya Berfikir Dan Mengimbang

Sukan berbasikal bukan hanya semata untuk beriadah tetapi juga untuk meningkatkan

kekuatan stamina, otot kaki, dan daya berfikir. Anak-anak yang dah terbiasa dengan

basikal imbang akan lebih cenderung mempunyai kecekapan dan kepantasan dalam

membuat keputusan. Ini kerana, basikal imbang menggunakan kekuatan otot kaki untuk

menolak basikal dan mengangkat kaki setelah meluncur. Begitu juga ketika hendak

membelok dan berhenti, juga menggunakan otot kaki dan pemikiran yang tangkas.

Apa yang pasti mana-mana aktiviti berbasikal pun, pasti memberikan manfaat jika ia di

ketengahkan dengan baik. Seperti basikal lajak, asalnya basikal itu dah sempurna tetapi

diubah suai mengikut trend dan citarasa individu. Anak-anak rakus menunggang basikal

di jalan raya di tengah malam tanpa memikirkan risiko bahaya kerana teruja megikut

rakan-rakan. Meluncur laju terutama di jalan raya berbukit tanpa brek sangat merisikokan nyawa penunggang.

Berbanding sukan basikal imbang yang mempunyai sokongan yang begitu aktif dari para

ibubapa dan komuniti menjadikan sukan tersebut mendapat tempat di hati masyarakat

tempatan dan luar negara. Banyak impak yang diperolehi dari program yang dianjurkan

oleh kominiti basikal imbang seperti memupuk semangat kekeluargaan dan mecipta

suasana yang positif apabila ibubapa berterusan memberi sokongan padu pada anak- anak untuk meneruskan perlumbahan sihat basikal imbang.

QBeem Copywriting

Jadi terjawaplah sudah bagaimana dengan berbasikal ini dapat memberi pengaruh positif pada diri anak-anak, bahkan negatif juga jika ibubapa culas dalam memberi perhatian. Peredaran zaman membawa banyak kemajuan, namun masih tak terlepas dari banyak keburukan kepada anak-anak remaja.



1 thought on “Basikal imbang (push bike) bukan basikal lajak”

  1. Pingback: Kenapa Anak Anda Memerlukan Latihan Keseimbangan - Hotaru

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top