hotaru push bike malaysia

Mengapa Anak Anda Memerlukan Basikal Imbang atau pushbike?

Kanak-kanak yang sihat adalah kanak-kanak yang aktif. Salah satu cara terbaik bagi memupuk gaya hidup ini adalah dengan menggalakkan anak anda berbasikal.

Mengapa berbasikal?

Berbasikal mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan kanak-kanak, seperti membina daya tahan kardiovaskular dan juga membina kekuatan otot. Dalam jangka masa panjang, secara tidak langsung, anak anda juga membesar dengan tabiat suka bersenam.

Apakah cara terbaik bagi mengajar kanak-kanak berbasikal?gunalah pushbike

Bagi kanak-kanak yang baru berjinak-jinak dengan basikal, cubalah balance bike atau basikal imbang( pushbike ). Balance bike adalah basikal dua roda yang tidak berpengayuh, amat sesuai bagi mengajar kanak-kanak seawal umur 18 bulan untuk mengimbangkan basikal tanpa terlalu menumpukan perhatian kepada kayuhannya. Melalui kemahiran yang dipelajari dengan menunggang balance bike, anak anda mampu menaiki basikal biasa dengan lebih mudah.di malaysia selain basikal imbang nama lain seperti pushbike,basikal tolak,runbike jugak digunakan

Mengapa balance bike(pushbike) lebih baik daripada basikal roda tiga (tricycle)?

Balance bike( pushbike ) mampu bergerak dengan lebih lancar pada permukaan berbukit/berbatu dan tidak mudah terbalik berbanding tricycle, menjadikannya pilihan yang lebih selamat untuk anak anda.

Mengapa tidak menggunakan roda latihan (training wheel) saja seperti anda dahulu? Dengan training wheels, anak anda lebih sukar mengimbangkan basikal sendiri tanpa bantuan roda-roda tersebut, seterusnya melambatkan proses berbasikal seperti biasa. Menaiki basikal yang dipasangkan training wheels biasanya memberi anak anda tanggapan seolah-olah basikalnya sudah seimbang, padahal imbangan itu bergantung pada training wheels semata-mata.

Berapa umur kanak-kanak yang sesuai menaiki balance bike( pushbike)?

Biasanya, balance bike sesuai untuk kanak-kanak berumur 18 bulan hinggalah 5 tahun. Tempat duduk balance bike boleh diubahsuai mengikut ketinggian dan keselesaan anak anda.

Berapa lama anak anda akan menaiki balance bike sebelum berbasikal seperti biasa?Secara purata, kanak-kanak akan menaiki balance bike selama kira-kira 2-3 tahun sebelum bertukar kepada basikal biasa.

Jadi jika balance bike ( pushbike ) tidak berpengayuh, di mana anak anda meletakkan kakinya?

Setelah membiasakan diri dengan balance bike, anak anda akan terus mengangkat kakinya apabila meluncur dengan balance bikenya, tidak perlu ada tempat letak kaki.

Bukankah balance bike ( pushbike ) sama seperti mencabut pengayuh pada basikal biasa?

Tidak sama sekali. Basikal biasa lebih berat berbanding balance bike dan mungkin kurang sesuai dinaiki kanak-kanak bawah 5 tahun.

Bukankah balance bike ( push bike ) lebih sukar dinaiki berbanding tricycle atau scooter?

Seperti sukan yang lain, anak anda akan mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan balance bike tetapi jangan risau, kemahiran yang bakal dipelajarinya amat lumayan!

Kelebihan basikal Hotaru: Ringan di tangan, selesa di kaki

Basikal imbang (balance bike) adalah antara topik menarik yang anda patut ambil tahu dalam menyediakan kebaikan kepada anak anda, terutama pada peringkat awal pembesaran mereka.

Basikal imbang sebenarya bukan sekadar basikal imbang. Ia lebih kepada mengenai keupayaan fizikal dan mental anak anda juga. Ini penting untuk masa depannya!

Mari kita lanjutkan.

Artikel ini akan memberi tumpuan kepada sejenis basikal imbang yang makin popular dan diterima ramai pengguna, iaitu basikal Hotaru.

Apakah kelebihan basikal ini dari segi mengasah keupayaan fizikal dan mental anak anda? 

Kelebihan utama basikal Hotaru ialah dari segi ringan, dapat dilaras, pelana lembut,  bearing yang dimeterai dan sistem damper untuk kestabilan.

Hotaru ialah sejenis basikal tanpa pedal yang mudah diseimbangkan walaupun seseorang kanak-kanak masih baru belajar menunggangnya. 

Mari kita perincikan satu persatu.

Pertama-tama, apa yang anda perlu faham ialah basikal Hotaru terhasil dari niat murni pencpita asal basikal imbang untuk menjadikan kanak-kanak mampu menunggang basikal tanpa meninggalkan kesan buruk dan rasa bosan atau serik akibat terjatuh.

Maksudnya, pencipta asal basikal imbang, yang kemudian terjelma produk basikal Hotaru, mahu memastikan kanak-kanak dapat mempelajari teknik menunggang basikal secara lebih pantas, mudah, selesa dan selamat.

Uniknya, basikal Hotaru dapat digunakan oleh kanak-kanak seawal usia 18 bulan. Malah, anda tak perlu lagi membeli basikal roda tiga (tricycles) untuk melatih anak anda menunggang basikal. 

Menggunakan kelebihan yang ada pada basikal Hotaru, dalam masa yang sangat singkat, anak anda berjaya belajar menunggang basikal tanpa bantuan sesiapa.

Ringan

Ini antara ciri utama basikal Hotaru. Ia sangat ringan. Berat keseluruhan hanya 2.1 kilogram.  Dengan ini, anak anda dapat belajar menunggang tanpa cepat penat. 

Dapat Dilaras

Satu lagi ciri unik basikal Hotaru ialah ia dapat dilaraskan mengikut kesesuaian fizikal dan usia anak anda. Fungsi pelarasannya mengambil kira saiz fizikal usia di antara 18 bulan dan lima tahun. 

Pelana lembut

Pelananya (saddle) sangat lembut. Ini juga satu ciri yang sangat penting dan perlu ada pada sesebuah basikal untuk kanak-kanak. Ini kerana, selain membuatkan mereka berasa selesa, pelana lembut dapat menjamin kanak-kanak tidak mudah penat dan menamatkan kayuhan dalam tempoh singkat.

Bearing yang dimeterai

Basikal Hotaru juga dilengkapi sistem bearing yang dimeterai (sealed bearing) bagi menghasilkan tahap pengendalian lebih lancar serta menyeronokkan. Lebih penting, ia memberi lebih jaminan keselamatan kepada penunggang.

Damper untuk kestabilan

Paling menyelesakan ialah basikal Hotaru dilengkapi sistem damper khas yang mampu menghasilkan kestabilan ketika menunggang. Damper ialah sejenis sistem mekanikal seperti hidrolik yang mengawal, menahan dan menyerap hentakan.

Ternyata basikal Hotaru sangat selesa, mudah dan selamat. Ia juga tahan lama kerana menggunakan bingkai aluminium tahan karat.

Justeru, anda patut memanfaatkan kelebihan yang ada pada basikal Hotaru ini untuk manfaat anak-anak seawal usia mereka.

boleh beli dekat sini jika berminat

https://hotaru.my/shop/

2 thoughts on “Mengapa Anak Anda Memerlukan Basikal Imbang atau pushbike?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top